Tuesday

Saya "Polisi Insuran Hayat" dan tanggungjawab saya kepada anda...

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Saya polisi Insuran Hayat Anda,

Anda dan saya mempunyai tujuan dan matlamat yang sama di dunia ini. Sekarang ini, anda sedang melaksanakan tugas anda menyediakan makanan, pakaian dan tempat tinggal yang selesa untuk diri dan keluarga yang anda sayangi. Selain itu anda juga menyediakan suasana pendidikan yang sempurna, kesihatan yang terbaik dan kebajikan kepada mereka.

Anda berkerja berhempas-pulas mengerakkan tulang empat kerat anda mencari rezeki bagi menyediakan semua ini. Dan usaha anda ini berterusan bagi menjamin kebahagian orang-orang yang anda sayangi. Sementara itu saya sedang lena di dalam peti simpanan anda yang teguh, mengumpul segala tenaga dan meningkatkan nilai saya tahun demi tahun.



Saya mempunyai kepercayaan dan keyakinan terhadap anda. Anda menggunakan sebahagian kecil pendapatan anda sebagai harga untuk menyimpan saya. Dengan kehendak dan keizinan Allah diharapkan semoga tidak ada sesuatu pun yang menimpa anda.

Ketika ini, apabila kehidupan berjalan lancar dan pelayaran di air yang tenang, saya seolah-olah tiada gunaya bagi anda sebagaimana keadaan sampan penyelamat tergantung di atas kapal penumpang yang besar. Tetapi suatu hari, (hanya Allah sahaja yang mengetahui bila) anda dan saya mungkin bertukar tempat. Sampan penyelamat yang sekian lama tidak pernah digunakan menjadi tempat bergantung kepada para penumpang bagi meneruskan pelayaran.


Begitu juga bila mana anda disemadikan dengan aman, saya akan bangkit dengan pantas untuk menyambung dan menyempurnakan tugasan yang telah anda mulakan. Saya akan terus menyediakan makanan, pakaian dan tempat tinggal yang masih diperlukan oleh mereka yang anda sayangi. Saya juga akan menyediakan pendidikan yang terbaik kepada anak tersayang sebagaimana cita-cita anda selama ini. Kesihatan dan kebajikan yang anda sediakan untuk isteri tersayang tidak akan terhenti secara tiba-tiba lebih-lebih lagi di saat mereka benar-benar memerlukan.

Apabila tugas anda selesai, tugas saya baru bermula. Melalui saya, tangan anda akan terus berbakti, dan melalui saya, cinta anda terhadap keluarga tetap menyeralah dan sentiasa di kenang mereka.

Setiap kali anda rasakan harga yang anda bayar untuk menyimpan saya sebagai satu bebanan, cubalah ingat bahawa saya akan melakukan lebih baik untuk anda dan keluarga anda daripada apa yang anda lakukan untuk saya.

Jika anda melaksanakan tanggungjawab anda, saya akan melaksanakan tanggungjawab saya.

Yang Benar,

Polisi Hayat


Video di bawah ini satu kisah yang baik ditonton bagi membantu kita lebih memahami "Apa kepentingan perlindungan keluarga" dengan lebih jelas...Wallah'hualam....Selamat menonton =)