Wednesday

John Q - From True Story

Anda pernah tengok cerita John Q?

Baiklah, biar saya ringkaskan ceritanya. John Q ialah sebuah movie yang di lakonan oleh Denzel Washington yang melakonkan watak John Q itu senderi. John Q dalam cerita ni memiliki sebuah keluarga yang bahagia yang mana mempunyai seorang anak yang sihat dan bercita-cita ingin menjadi ahli bina badan. John Q dan isterinya yang sangat menyayangi Michael iaitu anak mereka kerana Michael lah satu-satunya anak yang mereka ada. Untuk dijadikan cerita, semasa bermain besbol di sekolah, dengan secara tiba-tiba Michael jatuh pengsan. Dengan segera John Q bergegas membawa anaknya ke hospital. Setelah doktor selesai membuat pemeriksaan keatas anaknya Michael, John Q di panggil oleh doktor untuk memberi penerangan berkaitan dengan tahap kesihatan anaknya.

Jadi doktor pun tunjuklah apa yang di alamai oleh anaknya yang menyebabkan ia pengsan semasa di sekolah tadi. Doktor mengesahkan anaknya disahkan menghidap penyakit hati dan perlu melakukan pemindahan hati dengan kadar segera kerana penyakit anaknya semakin parah. Doktor memberi cadangan kepada John Q sama ada biarkan sahaja anaknya itu atau melakukan pembedahan.

John Q tidak mahu mengalah, dan dia mahu anaknya melakukan juga pembedahan pemindahan hati dengan kadar segera. Lalu doktor tersebut memberitahu yang kos keseluruhan pembedahan pemindahan hati tersebut menelan belanja USD250,000. Apa jadi dengan pasangan malang tu? John Q dan isterinya sangat terkejut dengan kos rawatan yang begitu besar dan mahal, tapi John Q nekad untuk berusaha mengumpul dana bagi menampung kos pembedahan anaknya.

Oleh disebabkan John Q tidak menyediakan perlindungan insuran keatas anaknya. John Q terpaksa mencari ikhtiar lain untuk mengumpul wang sebanyak itu. Segala bil-bil rumah yang patut di bayar John Q terpaksa tangguhkan bertujuan mengumpul dana bagi merawat anaknya. Akhirnya keretanya ditarik kerana tidak membayar ansuran kereta. Disini bermulalah Financial Disaster atau bencana ekonomi bagi keluarga malang ini. Dari seorang yang mempunyai kerjaya yang baik dan kehidupan yang selesa kepada kehidupan yang terdesak dan jatuh miskin. John Q terpaksa mengadaikan semua perabot-perabot dan juga rumahnya. Serta yang lebih teruk lagi mengadaikan cincin perkahwinan isterinya dan apa jua harta yang John Q tinggal bagi mengumpul dana bagi menjalankan pembedahan pemindahan hati yang menelan belanja sebanyak USD250,000.

Untuk dijadikan cerita, oleh disebabkan si ayah tidak mampu mengumpul dana yang banyak dan dengan masa yang singkat serta atas desakkan isteri, si ayah ini terpaksa membuat keputusan yang berani dan terdesak dengan merampas hospital yang merawat anaknya itu dan mengugut untuk membunuh doktor dan tebusan yang terdapat didalam hospital tersebut jika anaknya tidak dibedah secepat mungkin. The end of story.

Anda boleh menonton Trailer John Q dibawah.
Note* : Jika anda dapati video dibawah tidak dimainkan dengan lancar, anda dinasihatkan menekan butang "Pause" dan biarkan seketika bagi video tersebut meng'downloud kedalam website saya. Setelah selesai tekan butang "Play" bagi memainkan semula video tersebut, selamat menonton.


Moralnya di sini -

  1. Adakah anda mempunyai Takaful?
  2. Adakah anda mempunyai Medical Card?
  3. Adakah pengendali takaful anda kukuh dan telus dari segi kewangan?
  4. Adakah anda membaca polisi takaful anda dan faham seluruhnya?
  5. Adakan anda menyediakan perlindungan takaful untuk diri, anak dan isteri tersayang?
  6. Adakah anda memiliki simpanan sebanyak RM250,000 pada masa sekarang bagi menghadapi bila-bila masa atau keadaan terdesak seperti John Q tadi pada hari ini?
  7. Adakah anda sanggup bergadai rumah, harta, simpanan untuk menampung kos perubatan seperti mana yang berlaku ke atas John Q tadi dengan sekelip mata?
  8. Adakah anda cukup berani untuk merompak/merampas hospital?
  9. Adakah anda sanggup membunuh?
  10. Adakah anda hanya tunggu dan lihat sehingga kejadian yang sama terjadi pada anda dan keluarga anda?
  11. Atau, adakah anda redha dengan ketentuan Illahi tanpa usaha untuk merancang bagi menghalang hal yang sama berlaku?
  12. Atau, anda tersedia sanggup menjadi ayah dan suami yang hanya melihat saja penderitaan dan kepedihan yang dialami oleh anak dan isteri anda?

Jawapanya ada yang "Ya" dan ada yang "Tidak"...

Yang "Ya-nya"....

  • Mungkin anda sanggup bergadai segala harta yang anda miliki untuk anak isteri tersayang.
  • Mungkin anda sanggup merompak mahu pon merampas hak orang lain demi anak isteri tersayang.
  • Mungkin anda sanggup membunuh jika keadaan mendesak bagi menyelamatkan nyawa anak isteri tersayang, walhal anda tahu akibatnya. Dan....

Yang "Tidak-nya"....

  • Tidak menyediakan perlindungan untuk anak isteri tersayang.
  • Tidak memiliki sejumlah simpanan sebanyak RM50,000 pada masa sekarang, apatah lagi RM250,000.
  • Tidak mampu merawat kos perubatan bagi merawat penyakit anak isteri jika mereka memerlukan.
  • Tidak menjadi seorang ayah dan suami yang hanya redha dengan musibah yang dialami dan hanya memanjatkan doa meminta bantuan dari Illahi, lalu RM250,000 jatuh dari langit dengan sekelip mata.
  • Tidak menjadi seorang ayah dan suami yang hanya tunggu dan lihat sahaja musibah ini berlaku baru ingin merancang dan ia sudah terlambat.
  • Dan tidak menjadi seorang ayah dan suami yang sanggup melihat penderitaan dan kepedihan si anak yang menaggung penyakit yang dialaminya dan kesengsaraan si isteri melihat anak yang dikandungnya mengerang kesakitan dan hanya menunggu ajal tiba disebabkan si ayah tidak mampu membiayai kos perubatan anaknya. Dan dunia hanya melihat, dan hanya melihat...

Sebelum musibah ini terjadi pada diri dan keluarga anda, biar kami bantu.

Jawapannya hanyalah satu... Keputusan Ditangan Anda...

Note*: "Insuran/takaful bukan satu cabang untuk anda menjadikan kaya tetapi menghindari diri anda dan keluarga menjadi miskin kelak"

Boleh hubungi saya di talian 012-5434850 (Ezri) atau melalui email ezriprubsn@gmail.com Insyallah saya dapat membantu.