Surat diatas berbunyi bergini ;
"Per : MEMOHON BANTUAN PERUBATAN
Adalah saya ----------- Bte --------------- CIMB Bank Berhad, Auto Finance, Jalan Ibrahim, Johor Bahru (ID:------) ingin memohon jasa baik pengurusan iaitu, CIMB Bank Berhad untuk membantu pembiayaian kos rawatan suami saya yang telah disahkan mengidap Penyakit Kanser Lympoma. Suami saya adalah seorang kakitangan kerajaan yang bertugas sebagai anggota polis. Beliau sebenarnya boleh mendapatkan rawatan di Hospital Kerajaan tetapi malangnya Hospital Kerajaan telah memaklumkan bahawa jenis ubat yang digunakan oleh suami saya tiada.
Penyakit beliau telah disahkan oleh pihak Hospital Pakar Johor pada 31/03/2008. Sekarang ini suami saya sedang menjalani rawatan susulan yang telah ditetapkan oleh pihak Hospital Pakar Johor dari masa ke semasa.
Untuk maklumat pihak pengurusan kos pembiayaan bagi rawatan pertama, kedua dan ketiga telah ditanggung oleh pihak Insuran suami saya. Tetapi pihak Insuran tidak dapat menampung keseluruhan rawatan kerana jumlah tuntutan telah digunakan sepenuhnya. Oleh itu saya telah menggunakan wang simpanan untuk menanggung rawatan selanjutnya.
Untuk maklumat pihak pengurusan rawatan kimotherapy ini memerlukan kos yang jumlahnya tidak kurang daripada RM5000.00 bagi satu rawatan. (tidak termasuk ubat-ubatan anti cancer yang dibekalkan oleh pihak doctor dari masa ke semasa.)
Anggaran kos rawatan ini sangat tinggi. Saya tiada pilihan dan akan berusaha untuk merawat penyakit suami saya sehingga sembuh. Saya juga mempunyai tiga orang anak yang masih ersekolah (antara 7 hingga 12 tahun) yang memerlukan pembelanjaan harian. "
Ini membuktikan, ada kalanya walau pun kakitangan kerajaan, tetap memerlukan medical card atau kad perubatan.
Selain dari itu, pernah anda mendengar kes-kes dimana, untuk mendapatkan rawatan di hospital kerajaan terpaksa menunggu berbulan-bulan untuk sampai ke giliran kita. Kalau lah penyakit yang kita hidapi tersebut memerlukan rawatan segera, bagaimana?...kita sanggup tunggu dan berserah begitu sahaja?.....
Oleh itu, buka minda, kalau tak tahu pasal medical card, ambil tahu....jangan kita dah le tidak tahu, tidak mahu ambil tahu pula....
.
Ambil tahu, bagaimana medical card ini dapat membantu anda disaat anda memerlukan rawatan perubatan. Tidak dinafikan, rawatan di hospital kerajaan pun bagus, tapi kalau terpaksa menunggu giliran seperti yang saya sebutkan di atas tadi?...sekurang-kurangnya, kita ada pilihan untuk mendapatkan rawatan di hospital swasta dengan lebih cepat. Saya umpamakan medical card ini seperti "Tayar Spare" di kereta kita. Cuba kita fikirkan, kenapa kita dok usung ke hulu-hilir tayar spare tu sedangkan tayar kereta kita tak bocor. Jawapan standard yang akan diberikan....langkah berjaga-jaga kalau tayar bocor, sedangkan adakalanya kereta yang kita bawa tidak pernah bocor sepanjang kita pandu. Sampai la tukar tayar, tak pernah bocor. Tapi kita masih bawa juga Tayar Spare tersebut atas alasan yang sama seperti tadi....."Kita tak tau bila tayar kita bocor atau pecah"....
.
Jadi, sama le juga keadaan medical card, oleh kerana kita tak tau bila kita sakit la, sebab tu kita perlu ada medical card.
.
Apa fungsi medical card ni sebenarnya?...
.
1- Ia akan membayar semua KOS RAWATAN yang dikenakan kalau kita masuk wad..tak kisah sakit apa pun kecuali sakit2 yang dikecualikan...boleh rujuk sini untuk penyakit2 yang tak dilindungi.
.
2- Yang paling penting, medical card nie bayar bil hospital terus ke hospital, kita tak perlu bayar dulu baru claim kemudian (kecuali kalau kita dapatkan rawatan di hospital bukan panel atau hospital kerajaan. Kalau bukan hospital panel, kena bayar dulu claim kemudian, yang penting boleh claim). Jadi, kalau kita ada insurance atau takaful yang cover kos rawatan, tapi tak de medical card, maksudnya, kita kena bayar dulu baru claim. Kalau bill sampai puluh-puluh ribu, mana nak cari duit?..atau kalau ada credit card pun, berapa keping credit card kita nak hulur?...lepas tu, claim pulak...kalau cepat ok lah, kalau ada requirement atau proses lambat. Dah kena interest pulak credit card tu. Susah ke senang?....Sebab tu cari yang ada medical card. Hassle Free. Kita cuma standby duit untuk Co-Insurance atau Co-Takaful. ( 10% daripada jumlah kos rawatan tertakluk kepada min RM 300 maximum RM 1,000). Itu sahaja. Nak tengok contoh claim yang telah kami buat?...klik sini
.
3- Walau pun kena Ko-insurance atau Ko-takaful, plan Takafulink nie kita sertakan sekali elaun hospital...,jadi kalau satu hari elaun Hospital RM 400, contoh masuk wad 5 hari dah dapat RM 2,000. Itu tak termasuk lagi elaun ICU atau elaun bedah. Jadi, walau pun kena ko-takaful, anda jangan risau, plan ini akan buatkan anda dapat claim more than 100%.Ini satu lagi contoh, artikel pasal seorang guru perlukan rawatan pemindahan buah pinggang, tapi tiada wang, terpaksa minta derma. Selepas beberapa bulan masuk Berita Harian, perlukan RM 120,000, tapi hanya dapat sumbangan derma RM 3,708.
.
Kalau lah seorang guru (kakitangan kerajaan) terpaksa minta derma untuk dapatkan rawatan, anda yang kerja kerajaan bagaimana?...atau kerajaan anda dengan kerajaan guru yang saya nyatakan ini berbeza?...Fikir2kanlah....
Kalau cikgu pun minta derma, tak terfikir kita, kalau kita kerja kerajaan, kemungkinan perkara yang sama mungkin berlaku kepada kepada kita. Pepatah Melayu ada mengatakan..."Sudah terhantuk baru nak mengadah..". Tapi ok, lepas terhantuk sekali lepas tu mengadah la...tapi, dalam kes medical card nie, dah sakit baru nak ambil medical card....boleh, tapi lulus ke tidak belum tentu. Sebabnya...tengok je la contoh sura kat bawah nie. Boleh mencarum RM 300 sebulan, tapi syarikat Insurance reject....sebab dah ada macam-macam penyakit. Nak try apply company insurance/takaful lain pulak?.....apply le kalau boleh dapat...saya ucapkan semoga berjaya...
Surat diatas berbunyi bergini ;
"We thank you for your proposal for life insurance with us.
However, we regret to inform you that we are not able to offer any terms of acceptance at the present time.
Neverthe less, we are prepared to reconsider your application after raised blood pressure is brought under good control for 1 year and Thyroid Gland enlargememt has been fully investigated, tested with firm diagnosis by doctor is available, and protein in urine to be fully investigated, tested with firm diagnosis and underlying cause confirmed by doctor.
Should you need any further queries regarding the above, please do not hesitate to let us know.
A cheque of RM 300.00 being refund of the initial premium is enclosed."
Bila dah ada macam-macam penyakit. Nak try apply company insurance/takaful lain pon susah? Kalau anda tidak percaya, anda cuba apply, keputusan yang sama juga anda dapat, Reject!!! Insuran/Takaful hanya nak kita masa kita masih sihat dan kuat berkerja, tapi bila dah sakit Insuran/Takaful dah taknak kita lagi. Inilah lumrah kehidupan.
Apa yang dapat saya rumuskan disini Insurans/takaful adalah persediaan jangka panjang. Sepertimana Nabi (saw) kita berpesan, Ingat 5 Perkara sebelum datang 5 perkara..Tapi masih ramai lagi dikalangan kita masih belum faham maksud hadis tersebut.
- Sihat sebelum sakit
- Muda sebelum tua
- Kaya sebelum miskin
- Lapang sebelum sempit
- Hidup sebelum mati
Akhir sekali kematian awal berlaku - hutang kita didunia belum selesai lagi hutang dengan ALlah (Zakat, Haji dsbnya) dan hutang kita dengan sesama manusia yang mana anak isteri kita yang terpaksa tanggung. Akhir sekali anak isteri merempat meminta-minta. Seperti Hadis yang saya nyatakan sebelum ni, Nabi bersabda : "Tinggalkanlah isteri dan anak-anak kamu di dalam kesenangan, daripada kamu meninggalkan mereka di dalam keadaan meminta-minta"..Riwayat Saad Bin Abi Waqqas. Dan apabila ini berlaku, disinilah umat islam dipandang hina sampai bila-bila disebabkan kurang kesedaran tentang kepentingan insuran/takaful. Bak kata perpatah lama "Sediakan payung sebelum hijan...Wallah'hualam...
Akhir sekali, anda fikirkan lah. Apa yang saya ceritakan, bukan cakap-cakap kosong atau rekaan saya. Semuanya saya sertakan dengan bukti. Lebih 7 tahun saya jadi agent, Alhamdulillah, dah ramai keluarga yang saya bantu selesaikan bil hospital mereka. Kalau tidak, tak pasal-pasal berhutang dengan credit card berpuluh2 ribu.
Sekiranya anda berminat nak tau lebih lanjut mengenai plan ini, anda boleh memohon quotation secara online di sini. Atau sekiranya ada sebarang pertanyaan atau kemusykilan, anda boleh call saya terus 012-5434850 (Ezri) atau email di ezriprubsn@gmail.com