Tuesday

5 Masalah Dalam Masyarakat Dapat Dibantu Oleh Takaful

1. Dying Too Soon
  • Meninggal dunia pada usia muda. Orang yang meninggal dunia akan meneruskan kehidupan ke Alam Barzakh, tapi yang ditinggalkan "Hutang" nya di dunia (Hutang Kereta, Hutang Rumah, Hutang Kredit Kad, Hutang Personal Loan, Hutang PTPTN, Hutang dengan rakan-rakan dll...) dan bebanan sara hidup kepada keluarga (Isteri dan anak-anak). Terutama individu yang berumah tangga dan mempunyai tanggungan isteri dan anak yang masih kecil. Cuba bayangkan bagai mana isteri dan anak kita ingin meneruskan kehidupan setelah kehilangan suami dan ayah. Suami dan ayah meninggal dunia, pendapatan untuk menampung keperluan kewangan keluarga pun akan terhenti. Adakah anda sanggup melihat anak isteri kita meminta-minta? Betul! Suami dan Ayah tidak boleh diganti, tetapi pendapatan Suami dan Ayah boleh diganti sekiranya beliau mengambil Plan Takaful (Takafulink). Syarikat Takaful akan menaggung segala hutang yang ditinggalkan oleh Si Suami(Si Mati) dan memberi sumber pendapatan yang mencukupi kepada isteri dan anak yang masih kecil bagi meneruskan kehidupan. Di sinilah fungsi takaful yang mana kita dapat maanfaat daripadanya. Terlepas Didunia Dan Terlepas Di Akhirat daripada di soal tentang hutang-hutang kita di dunia).
  • Nabi pun pernah bersabda : "Tinggalkanlah isteri dan anak-anak kamu di dalam kesenangan, daripada kamu meninggalkan mereka di dalam keadaan meminta-minta"..Riwayat Saad Bin Abi Waqqas.

2. Living Too Long

  • Pendek umur pun masalah, panjang umur pun ada masalah. Masalahnya adalah, cukup ke simpanan kita untuk teruskan penghidupan di hari tua kita nanti. Ramai masyarakat kurang sedar mengenai kepentingan menabung pada usia muda. Sebaliknya mereka lebih suka berbelanja daripada menyimpan. Dengan adanya Plan Takaful (Takaful Saver), kita di didik untuk menabung pada usia muda dan mempunya pelaburan sendiri. Dan pada masa yang sama kita memiliki perlindungan/Insuran diri dan perlindungan simpanan kewangan kita apabila kita tidak dapat berkerja kelak di atas faktor kesihatan.

3. Living Death

  • Hidup akan tetapi umpama mati. Lumpuh kekal keseluruhan (TPD). Kita fikirkan....perlu tak untuk mempunyai sejumlah wang bagi menampung perbelanjaan harian sekiranya seseorang mengalami TPD. Kalau seseorang itu tidak mempunyai simpanan yang cukup, tiba2 mengalami TPD sama ada akibat kemalangan atau penyakit, bagai mana utk teruskan kehidupan. Siapa yang akan bantu sekiranya dah jadi macam tu?. Mak Ayah?..Adik Beradik, saudara-mara.....Ya!!! mereka akan bantu, tapi alangkah bagusnya kalau mereka hanya perlu membantu dari segi tenaga tanpa membantu dari segi kewangan. Dengan adanya Plan Takaful (Medical Card), kewangan telah ditanggung oleh Pihak Takaful, termasuklah semua kos rawatan di hospital, semuanya di tanggung oleh Pihak Takaful. Disini saya akan memberi khidmat nasihat takaful kepada anda dan sekiranya anda mengalami "Living Death" anda layak mendapat bantuan dari Pihak Takaful tanpa syarat lain.

4. Wealth Creation

  • Semua orang ingin mengumpul kekayaan, tapi masih ramai yang tak tau bagaimana. Dengan adanya Plan Takaful (Takaful Saver), Kami boleh membantu merancang kewangan anda untuk mencapai objektif kewangan anda bagai mengatasi inflasi yang semakin menekan kehidupan kita sekarang dan lebih ditakutkan lagi masa akan datang.

5. Child Education

  • Hadiah yang paling berharga daripada ibu bapa kepada anak-anak adalah PENDIDIKAN YANG SEMPURNA. Akan tetapi, tahukah anda, berapa kos yuran pendidikan di Universiti Tempatan atau Luar Negara sekarang nie? Takkan kita nak biarkan anak kita menanggung hutang selepas mereka tamat belajar, sedangkan masa tu mungkin mereka belum mempunyai pekerjaan lagi. Siapa yang ada pilihan kita atau dia (anak)? Dia tak ada pilihan sebab Ibu Ayah yang mempunyai pilihan sama ada utk menyediakan simpanan pendidikan untuk anak atau tidak. Keperluan untuk itu amat mendesak. Dengan adanya Plan Takaful (Takaful Cerdik), kami boleh membantu anda dan memberi nasihat dan tunjuk ajar bagaimana untuk menyediakan simpanan pelajaran untuk anak anda yang mempunyai ciri2 berikut "SECURED, IMMEDIATE, GUARANTEED"...

Apa yang dapat saya rumuskan disini Insurans/takaful adalah persediaan jangka panjang. Sepertimana Nabi (saw) kita berpesan, Ingat 5 Perkara sebelum datang 5 perkara..

Tapi masih ramai lagi dikalangan kita masih belum faham maksud hadis tersebut.

  • Sihat sebelum sakit
  • Muda sebelum tua
  • Kaya sebelum miskin
  • Lapang sebelum sempit
  • Hidup sebelum mati


Akhir sekali kematian awal berlaku - hutang kita didunia belum selesai lagi hutang dengan ALlah (Zakat, Haji dsbnya) dan hutang kita dengan sesama manusia yang mana anak isteri kita yang terpaksa tanggung. Akhir sekali anak isteri merempat meminta-minta. Seperti Hadis yang saya nyatakan sebelum ni, Nabi bersabda : "Tinggalkanlah isteri dan anak-anak kamu di dalam kesenangan, daripada kamu meninggalkan mereka di dalam keadaan meminta-minta"..Riwayat Saad Bin Abi Waqqas. Dan apabila ini berlaku, disinilah umat islam dipandang hina sampai bila-bila disebabkan kurang kesedaran tentang kepentingan insuran/takaful. Bak kata perpatah lama "Sediakan payung sebelum hijan...Wallah'hualam...