Good article. : Kita Bukan Isteri Perdana Menteri
Kenapa Takaful Bergitu Penting?
5 Risiko-risiko Utama yang mungkin kita hadapi dalam kehidupan harian seperti :
KEMALANGAN
KEMATIAN
HILANG UPAYA KEKAL
PENYAKIT KRITIKAL
USIA YANG TERLALU TUA
Semua di atas diangggap risiko kerana jika salah satu daripadanya berlaku, besar kemungkinan kita belum bersedia menghadapinya dari segi survival dan sara hidup diri atau orang yang disayangi..
Justeru, adakah kita mahu tergolong di kalangan "orang-orang yang tidak bersedia" itu?
Fikirkan tentang anak-anak, isteri, ibu, ayah serta mereka yang mengharapkan sokongan dan pertolongan dari anda..Bagaimana jika anda tiada atau tiada upaya??
"Menyertai Pelan Takaful Keluarga seumpama anda MEMBERI keluarga anda sesuatu sekarang supaya keluarga anda dan anda tidak KEHILANGAN segalanya pada masa hadapan."
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Allah swt Ber'firman:
"Dan orang-orang yang (hampir) mati di antara kamu serta meninggalkan isteri, hendaklah berwasiat untuk isteri-isteri mereka, iaitu diberi nafkah saguhati (makan, pakai dan tempat tinggal) hingga setahun lamanya, dengan tidak disuruh pindah dari tempat tinggalnya. Kemudian jika mereka keluar (dari tempat tinggalnya dengan kehendaknya sendiri) maka tidaklah kamu bersalah (wahai wali waris si mati) mengenai apa yang mereka (isteri-isteri itu) lakukan pada diri mereka dari perkara yang patut yang (tidak dilarang Syarak) itu dan ingatlah, Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana." (al-Baqarah: 240)
Nabi jua pernah bersabda :
"Tinggalkanlah isteri dan anak-anak kamu di dalam kesenangan, daripada kamu meninggalkan mereka di dalam keadaan meminta-minta." Riwayat Saad Bin Abi Waqqas.
Dan sedikit kata-kata dari saya:
"Takaful bukan satu cabang untuk menjadikan kita kaya-raya, tetapi menghindari diri kita dan keluarga menjadi miskin kelak..."